Ahad, 18 Januari 2015 | 4:59pm

Mua'amar Ghadafi dipilih Presiden MBM yang baharu


Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaluddin (tujuh dari kiri) bersama barisan EXCO yang baharu selepas Mesyuarat Perhimpunan Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Kali Ke- 63, di sini hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Belia 4B, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) baharu bagi penggal 2015-2016.

Beliau terpilih selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatankuasa baharu MBM yang tamat, hari ini.

Beliau menggantikan presiden terdahulu, Mohamaed Maliki Mohamed Rapiee yang sudah dua penggal menggalas tugas nombor satu badan bukan kerajaan (NGO) belia negara itu.

Sementara, Timbalan Presiden yang turut menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini, bekas penyandang Setiausaha Agung MBM, Zaidi Aziz.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, dimenangi tiga calon iaitu Jufitri Joha mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Khairul Anuar Mansor (Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)) serta Low In Teck dari Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM).

Keputusan rasmi pemilihan kepimpinan MBM baharu itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid di Hotel Istana, di sini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-63 MBM di lokasi sama.

425 dibaca
Berita Harian X