Jumaat, 16 Jun 2017 | 12:12pm

SAC Sharul Othman ketuai JSPT Bukit Aman


BEKAS Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) DCP Datuk Mahamad Akhir Darus (kanan) menyerahkan tugas sebagai Pengarah JSPT kepada Pengarah Baharu JSPT SAC Sharul Othman Mansor (kiri) sambil disaksikan Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) pada majlis Serah/Terima Tugas Jawatan Pengarah JSPT di MES Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini.- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor dilantik Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang baharu pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Mahamad Akhir Darus yang bersara wajib Ahad ini selepas hampir 41 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sharul Othman pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Brickfields dan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Turut berlangsung adalah majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSPT daripada Datin Sharifah Zanariah Syed Mahmood kepada Sherlina Mohd Ismail.

Upacara pemakaian pangkat disempurnakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

962 dibaca
Berita Harian X