;
Sabtu, 10 Jun 2017 | 1:10pm

Warna baharu Honda CBR500R, CB500F


CBR500F

BOON Siew Honda (BSH) melancarkan Honda CBR500R dan CB500F model 2017 dengan warna baharu.

CBR500R dan CB500F baharu boleh didapati di Honda Impian Shop mulai 23 Mei 2017 dan ditawar dengan tiga warna iaitu Kuning (Lemon Ice Yellow), Merah (Millennium Red) dan Hitam (Matt Gunpowder Black).

Model Std ABS

Kedua-dua jentera ini didatangkan dengan 471cc DOHC dengan sistem penyejuk cecair dwi selari yang menawarkan pengalaman terbaik kepada setiap penunggang.

Gerek dan lejang model baharu ini direka pada saiz 67mm x 66.8mm telah dipertingkatkan lagi bagi menyalurkan kuasa yang luar biasa iaitu 37KW pada 8,500 rpm dan tork maksimum mencapai 44Nm pada 7000 rpm.

Kapasiti tangki petrol juga dipertingkatkan kepada 16.7 liter selain dilengkapi dengan penggunaan LED pada kedua-dua lampu hadapan dan lampu belakang termasuk bentuk baru yang lebih bergaya.


CBR500R

Ciri keselamatan bagi model ini dipertingkatkan dengan dilengkapi sistem kunci "wave key".

Siri model Honda 500 terbaru kelihatan lebih agresif dengan ciri lain seperti penyerap hentakan depan boleh laras, brek hadapan boleh laras dengan lima titik penyelarasan dan perendam ekzos berbentuk sporty.

Info:

Harga disyorkan termasuk GST

* CBR500R RM 31,681.28 (Standard), RM 35,179.28 (ABS)

* CB500F RM 31,363.28 (Standard), RM 34,861.28 (ABS)

321 dibaca
Berita Harian X