;
Selasa, 6 Jun 2017 | 7:00am

Honda CBR250R tawar lebih banyak pilihan


Honda CBR250R.

BOON Siew Honda Sdn Bhd meneruskan usaha untuk menawarkan lebih pilihan model motosikalnya dengan memperkenalkan CBR250R 2017 bagi pasaran Malaysia.

Tawaran baharu itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Boon Siew Honda untuk memenuhi kehendak peminat motosikal.

CBR250R dilengkapi enjin dengan sistem penyejukan cecair 250cc empat lejang dan silinder tunggal baru serta menghambur kuasa 20.2kW pada 8500 rpm dan tork maksimum 23.3 Nm pada 7500 rpm.

Jentera itu bukan hanya memberikan prestasi yang menakjubkan dalam RPM rendah, malah pada RPM tinggi sekali gus mengekalkan karektor sport CBR.

Selain itu, varian terbaru model itu bersaiz kompak yang membantu menjadikannya lebih ringan, memberikan pengalaman baharu dalam tunggangan.

Ia mempunyai berat 161 kilogram dengan kapasiti tangki sebanyak 13 liter dan menggunakan program sistem suntikan minyak (PGM-Fi).

Siri warna baru CBR250R bagi edisi kali ini adalah merah melenium, kuning lemon dan hitam manakala harga bermula dari RM21,940.94 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Model terbaharu itu turut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer.

Info:
Honda CBR250R

  • Harga jualan termasuk GST RM21,940.94
  • Enjin 250cc 4-lejang, silinder tunggal baru
  • Kuasa 20.2kW @ 8,500 rpm dan tork maksimum 23.3 Nm @ 7,500 rpm
  • Jaminan 2 tahun atau perbatuan 20,000 km
481 dibaca
Berita Harian X