Ahad, 4 Jun 2017 | 12:27pm

Orang ramai terus kunjungi FMBH '17


KAK Ogy Ahmad Daud (kanan) melayan pengunjung di Fiesta Muslimah BH di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). - Foto NSTP/Osman Adnan

SHAH ALAM: Orang ramai terus mengunjungi Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17), mengambil peluang hari terakhir karnival beli belah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Antara yang menarik perhatian pengunjung hari ini ialah kehadiran pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy yang menjual produk Sambal Goreng resepi arwah ibunya.

Fiesta yang berlangsung selama tiga hari itu akan berakhir jam 10 malam ini.

84 dibaca
Berita Harian X