Sabtu, 3 Jun 2017 | 4:51pm

Tiket Hijabsta Ballet di Fiesta Muslimah BH


SUASANA Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). - Foto Osman Adnan

SHAH ALAM: Sebanyak 20 tiket filem Hijabsta Ballet (HB) diedarkan kepada pengunjung Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), sebentar tadi.

Filem arahan Syed Zul Tojo berkisarkan perjuangan penari ballet yang ingin memakai hijab tetapi dihalang institusi ballet, golongan agama itu bakal ditayangkan di pawagam pada 3 Ogos ini.

Syed Zul berkata, sebelum ini filem HB ditayangkan sebanyak lebih 20 kali tetapi hanya berdurasi 60 minit kepada 3,000 penuntut universiti tempatan..

"Bagi menyaksikan pengakhiran cerita ini yang berdurasi 106 minit, saksikannya di pawagam di seluruh pada 3 Ogos depan," katanya.

Filem ini menggabungkan pelakon lama dan baru antaranya Betty Banafe, Aida Khalida, Aman Graseka sementara teraju utama, penari ballet Puteh Maimum Zahrah.

Turut menjayakan filem ini pelakon dari Australia dan Indonesia.

125 dibaca
Berita Harian X