Khamis, 25 Mei 2017 | 7:04am

Mesir sekat 21 laman web

KAHERAH: Mesir menyekat 21 laman web, termasuk milik Qatar, rangkaian berita al-Jazeera dan stesen televisyen milik pembangkang yang berpangkalan di Turki.

Pegawai keselamatan berkata, Mada Masr, sebuah media bebas Mesir yang menyiarkan laporan penyiasatan berhubung rasuah tidak dapat dilayari malam semalam.

Mesir menyalahkan al-Jazeera kerana menyokong gerakan Ikhwanul Muslim yang dipersalahkan atas keganasan selepas tentera merampas kuasa pada 2013.

Laman web al-Sharq yang berpangkalan di Turki dan secara terang-terangan menyokong kumpulan itu turut mendapat tempias. Daripada 21 laman terbabit hanya satu masih dapat dilayari.

AFP

57 dibaca
Berita Harian X