Rabu, 28 Jun 2017 - 8:17PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Isteri dakwa Chris Cornell tiada niat bunuh diri


CHRIS Cornell. - Foto AP

NEW YORK: Balu bintang rock, Chris Cornell menafikan penyanyi itu berniat untuk membunuh diri, dan menganggap tuduhan itu timbul berikutan penemuan ubat preskripsi bersama mayat mendiang.

Pihak berkuasa berkata, mayat Cornell ditemui tergantung di dalam bilik hotelnya di Detroit, sejurus beliau mengadakan persembahan bersama kumpulan utamanya, Soundgarden.

Pemeriksa perubatan daerah Wayne memutuskan punca kematian akibat bunuh diri. Namun, balunya, Vicky Karayiannis Cornell, mendakwa penyanyi berusia 52 tahun itu tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengambil nyawanya sendiri.

Malah, beliau mengakui Cornell sudah pulih daripada masalah kemurungan dan penyalahgunaan dadah yang dihadapinya, tetapi berkata, suaminya masih mengambil ubat preskripsi, Ativan bagi merawat masalah keresahan.

"Kematian Chris adalah satu kehilangan dan mewujudkan kekosongan dalam hati saya yang tidak boleh diisi sampai bila-bila.

"Apa yang berlaku tidak dapat digambarkan dan saya berharap laporan penuh perubatan dapat memberikan maklumat tambahan.

"Saya tahu, beliau amat menyayangi anak-anak kami dan tidak akan menyakiti mereka dengan sengaja mengambil nyawanya," katanya dalam satu kenyataan. - AFP


Trending

    Disyorkan