Rabu, 24 Mei 2017 - 9:36PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

10 terbunuh letupan di selatan Baghdad

BAGHDAD: Dua kereta berisi bom meletup di sebuah pusat pemeriksaan di selatan Baghdad, dan mengorbankan 10 mangsa, kata sumber polis Iraq dan perubatan.

Sumber itu berkata, antara yang terbunuh termasuk tiga anggota polis yang sedang bertugas di pusat pemeriksaan Abu Dsheer.

Insiden itu turut mencederakan 21 lagi mangsa. - REUTERS

GAMBAR fail, tentera Iraq memeriksa bangkai kereta yang berisi bom meletup di Baghdad, 14 Mei lalu. - Foto AFP

Trending

    Disyorkan