Rabu, 28 Jun 2017 - 8:19PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Peluru berpandu pemberontak Yaman ke Riyadh dipintas

DUBAI: Gerakan Houthi Yaman melancarkan peluru berpandu balistik ke arah ibu negara Arab Saudi tetapi tentera pakatan mendakwa berjaya memintas dan memusnahkannya.

Wakil tentera pakatan di Yaman berkata, peluru berpandu itu berjaya dipintas pada jarak 200 kilometer dari barat bandar itu.

Agensi berita rasmi kumpulan itu dalam satu kenyataan melaporkan, pemberontak yang juga sekutu Iran itu melancarkan peluru berpandu Burkan-1 ke arah Riyadh tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Pada masa sama, agensi berita rasmi Arab Saudi turut melaporkan, tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi mengesahkan peluru berpandu itu berjaya ditembak jatuh di wilayah selatan Ar Rayn, barat Riyadh.

Agensi itu mengesahkan tiada sebarang kerosakan mahupun kematian berlaku kerana ia adalah kawasan padang pasir terbuka.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka tiba di Riyadh untuk memulakan lawatan luar negara sejak mengambil alih jawatan pada Januari lalu.

Trump dijangka membuat keputusan penting dan tawaran perdagangan dalam pertemuannya dengan pegawai atasan Arab Saudi di Riyadh. - REUTERS

Peluru berpandu balistik diancar Gerakan Houthi Yaman ke arah ibu negara Arab. - Gambar hiasan

Trending

    Disyorkan