Sabtu, 20 Mei 2017 | 7:00am

Rawatan wajah percuma sambut raya

KUALA LUMPUR: Pengunjung Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH2017) berpeluang membuat rawatan kecantikan secara percuma di Klinik Pesona, menerusi cabutan bertuah untuk tampil wajah lebih menawan, menjelang hari raya akan datang.

Klinik Pesona menawarkan baucer rawatan percuma meliputi karbon laser, sculpfx dan gluthatione medifacial yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri seperti menyeri, mencerah, menegang kulit, menghilangkan kedutan dan pigmentasi.

Pemilik Klinik Pesona dan pakar aestetik, Dr Jamil Jamal Buhari, berkata kekerapan melakukan rawatan dan penjagaan wajah sekurang-kurangnya sebulan sekali boleh memberikan hasil yang terbaik pada kulit.

Katanya, sempena kedatangan Syawal tahun ini, wanita boleh mencuba membuat rawatan kulit menyeluruh untuk menambahkan kejelitaan.

"Karbon laser adalah rawatan untuk membantu mengecilkan liang roma, masalah bintik hitam dan mengatasi masalah warna kulit tidak sekata.


KUALA LUMPUR 29 MARCH 2017. Logo baharu Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17). NSTP/Ihsan PEMBACA

"Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit terlalu kering dan berminyak, rawatan ini memberikan hasil yang memuaskan, selain menjadikan kulit berseri serta-merta tanpa meninggalkan kesan kemerahan atau mengelupas," katanya ketika dihubungi, semalam.

FMBH'17 edisi ketiga akan diadakan di Pusat Konvesnyen Shah Alam, pada 2 hingga 4 Jun depan menyediakan 100 gerai jualan merangkumi pakaian, tudung, aksesori, kosmetik, makanan, selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis tempatan seperti Mawi, Siti Nordiana, Tajul dan Wany Hasnita.

Wajah berseri

Dr Jamil yang juga kolumnis ruangan Bicara Cantik, dalam sisipan Aura BH, berkata Sculpfx pula berfungsi menganjalkan kulit dan membakar membakar lemak berlebihan pada tubuh.

Katanya, jika rawatan itu dilakukan pada bahagian muka ia membantu membentuk wajah menjadi V dan lebih kurus.

"Rawatan ini juga boleh dilakukan untuk menghilangkan lemak dan selulit berlebihan pada seluruh badan sambil mencerah serta menegangkan kulit. Semua individu sesuai menjalani rawatan ini kecuali wanita hamil," katanya.

Beliau berkata, sekiranya wanita mahu mencerahkan kulit kusam, rawatan gluthatione medifacial sesuai kerana ia bertindak menghakis sel kulit mati. Ia bertindak mencerahkan kulit, mengurangkan pigmentasi dan membataskan aktiviti sel melanin yang menyebabkan kulit kusam dan gelap akibat panahan cahaya matahari.

"Individu yang mahu berwajah lebih jelita, berseri dan ingin mendapatkan kesan berpanjangan mereka perlu melakukan rawatan terbabit secara berkala," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga jenis rawatan terbabit berharga antara RM450 hingga RM800 ke atas untuk sekali rawatan.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menyertai gerai jualan FMBH'17, hubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447, 013-2112591, 018-2742140 dan 012-6088968 atau e-mel shueelliscomm@gmail.com.

Fiesta beli-belah itu dijangka menarik perhatian lebih 30,000 pengunjung yang dibuat atas kesinambungan program terdahulu, iaitu kali pertama di Zebra Square, Kampung Kuala Lumpur, pada 23 November 2014 (lebih 10,000 pengunjung), manakala kali kedua, di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur (24 dan 25 Oktober 2015), pula dikunjungi lebih 25,000 orang.

INFO: Rawatan kecantikan wajah
* Harga rawatan karbon laser: RM650 ke atas
* Sculptfx : RM750 ke atas
* Gluthatione facial : RM450 ke atas

INFO: Fiesta Muslimah BH 2017
* Berkonsep pasar lokal
* 100 gerai jualan
* Gerai dibuka jam 10 pagi hingga 10 malam
* Selebriti Mawi, Siti Nordiana dan Ogy Ahmad Daud.

57 dibaca
Berita Harian X