Selasa, 23 Mei 2017 - 1:37AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Malaysia waspada jumpa Sri Lanka ragbi Asia

Oleh Azizan Hashim



Ketua Jurulatih Pasukan Ragbi Malaysia, Lee Nyuk Fah (kanan) bersama Naib Presiden, Raimi Mohd Yusof pada sdiang media di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh. - Foto NSTP/Muhaizan Yahya

IPOH:  Pasukan kebangsaan harus berwaspada apabila turun membuat perhitungan dengan Sri Lanka dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC), Divisyen 1 di Padang Ipoh, di sini, petang esok. 

Jurulatih skuad negara, Lee Nyuk Fah berkata paling utama adalah mereka tidak melakukan kesilapan asas seperti tackle tinggi dan berbahaya yang boleh  mengakibatkan pemain di arah ke 'sin bin' selama 10 minit 

Katanya, pemain perlu bermain mengikut perancangan dan menitik beratkan pertahanan memandangkan lawan bukan calang-calang pasukan.   

"Sri Lanka menduduki ranking lebih baik dari Malaysia tetapi saya yakin anak buah saya berupaya memenangi perlawanan ini, " katanya. 

Keyakinan Nyuk Fah berdasarkan aksi mantap Malaysia ketika menundukkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Filipina.   

Begitupun Sri Lanka juga mencatat kemenangan ke atas lawan yang sama sekali gus menjanjikan satu pertarungan sengit dan menarik.   

Pemenang perlawanan ini akan muncul juara bagi layak beraksi dalam liga elit iaitu Divisyen Premier. 


Trending

    Disyorkan