Rabu, 28 Jun 2017 - 8:19PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Wall Street dibuka tinggi, dipacu saham Apple

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) melonjak pada Jumaat, dipacu oleh Apple dengan situasi pasaran lebih tenang dalam tempoh seminggu selepas ketidaktentuan politik yang membayangi Presiden, Donald Trump.

Namun, indeks indeks berada pada landasan untuk mencatat kejatuhan minggu terburuk sejak pertengahan April selepas tidak disangka-sangka memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey.

Laporan kemudiannya menyebut Trump meminta Comey untuk menamatkan siasatan terhadap hubungan bekas Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn dengan Russia.

Pelabur bimbang ketidaktentuan politik di Washington akan menghalang Trump daripada melaksanakan janjinya untuk merangsang fiskal, pemacu utama kepada rekod yang dicapai Wall Street.

"Pasaran kelihatan kembali stabil selepas tiada lagi laporan utama berita politik pagi ini, sekali gus menunjukkan pelabur bersedia keluar daripada kegawatan politik tanpa menekan butang panik," kata Ketua Ekonomi Pasaran First Standard Financial, Peter Cardillo dalam satu nota penyelidikan.

Saham Apple meningkat 0.6 peratus dan menjadi saham paling untung daripada tiga indeks utama Wall Street.

Saham syarikat senaraian awam AS paling bernilai pulih selepas kejatuhan satu hari terbesar dalam tempoh lebih setahun pada Rabu.

Pada jam 9.39 pagi (1339 GMT), Dow Jones Industrial Average menokok 53.44 mata atau 0.26 peratus kepada 20,716.46, S&P 500 naik 9.23 mata kepada 0.39 peratus kepada 2,374.95 dan Nasdaq Composite menambah 32.44 mata atau 0.54 peratus kepada 6,087.57.

Sembilan daripada 11 sektor utama S&P 500 didagangkan lebih tinggi.

Sektor teknologi menjadi peneraju dengan kenaikan 0.58 peratus, disusuli dengan kenaikan 0.51 peratus dalam sektor kewangan.

Reuters


Trending

    Disyorkan