Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:07AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Jentera UMNO perlu dekati rakyat hadapi PRU14 - Najib

Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Mohd Nasaruddin Parzi



PERDANA Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berucap pada Majlis Pelancaran Jelajah Biro Kebajikan UMNO dengan tema 'UMNO Bantu Rakyat' di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kosas, Ampang, malam ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Jentera UMNO perlu melipatgandakan usaha mendekati rakyat sebagai komitmen berterusan parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, sumbangan UMNO sejak parti ditubuhkan pada Mei 1946 tidak boleh disangkal lagi dan dengan alasan itulah parti ini terus menunjangi kerajaan.

"UMNO perlu segera ketuk pintu rumah (dekati pengundi), jangan ketuk kepala pula," katanya berucap pada Majlis Pelancaran Jelajah Biro Kebajikan UMNO dengan tema 'UMNO Bantu Rakyat' di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kosas, Ampang, malam ini.

Najib berkata, hakikatnya banyak sumbangan dan jasa UMNO serta kerajaan kepada rakyat, yang meliputi segenap bidang termasuk pendidikan, perumahan serta kesihatan.

"Saya boleh bagi banyak contoh sumbangan dan bantuan yang diberi kerajaan dan UMNO, sebut saja apa. Dalam bidang pendidikan, kita boleh kata pendidikan di negara ini adalah pendidikan percuma bermula di sekolah kebangsaan sehinggalah ke peringkat menegah

"Siapa yang bina sekolah? Siapa yang menyediakan makmal sains komputer dan sebagainya? Bukankah itu juga sumbangan UMNO (yang menjadi kerajaan) kepada rakyat," katanya.

Katanya, kerajaan UMNO jugalah yang memastikan subsidi khas diberi kepada semua jemaah haji yang mahu melaksanakan kewajipan rukun Islam kelima itu.

"Tadi saya lalu kaunter Tabung Haji, kita dapat lihat nak naik haji juga ada subsidi, siapa bagi subsidi, siapa wujudkan TAbung Haji? UMNO-lah. Kos dikenakan RM9,998, kita bagi subsisdi RM9,570 setiap orang.

"Ini tidak termasuk haji tajaan 1MDB percuma kepada ketua kampung dan tok imam. Bahagian Ampang pun dapat, (Bahagian) Lenggong pun dapat, " katanya.

Najib berkata, dalam kunjungan untuk bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di Riyadh dijadual esok, beliau sendiri akan menyampaikan ucapan terima kasih atas komitmennya meluluskan penambahan kuota haji buat Malaysia.

Selesai melancarkan konvoi 12 hari itu, Najib kemudian melepaskan kenderaan konvoi sebagai simbolik pelepasan kumpulan itu yang akan memulakan penjelajahan esok.


Trending

    Disyorkan