Selasa, 23 Mei 2017 - 1:38AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Larsen mahu Tok Gajah menangis di Shah Alam

Oleh Helmi Talkah; Mohd Khairie Khalid dan Naqib Nor Said



PENYERANG Kedah, Ken Ilso Larsen. - Foto Osman Adnan

SHAH ALAM: Ketika tumpuan lebih terarah kepada Liridon Krasniqi, dalam senyap-senyap penyerang Kedah, Ken Ilso Larsen menyimpan azam meledak gol dalam pertembungan final Piala FA menentang Pahang di Stadium Shah Alam, esok.

Liridon atau yang dikenali sebagai Mat Don nyata berada dalam kelas tersendiri dan sering menjadi sebutan penyokong Kedah kerana kemampuannya mengawal bahagian tengah Helang Merah sehingga menenggelamkan rakan sepasukannya.

"Secara jujurnya saya tak kisah jika Liridon lebih popular kerana ia baik buat saya. Mereka (pertahanan Pahang) pasti akan memberi tumpuan yang lebih kepada Liridon berbanding saya.

"Ia sekali gus menjadi kesempatan terbaik untuk saya bergerak bebas di dalam kawasan kotak penalti Pahang selain memudahkan saya untuk mencari gol bagi membantu pasukan memenangi perlawanan itu," katanya selepas sesi latihan rasmi pasukan Kedah di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Sebagai rekod, Larsen dari Denmark setakat ini sudah mencetak 10 gol dalam semua pertandingan Liga Malaysia 2017.

Malah, bekas pemain kelab China Guangzhou R&F dan Home United di Liga Singapura itu juga yakin pasukannya berada pada tahap terbaik untuk menebus kegagalan pada final edisi 2010 dengan ketika itu tewas kepada Negeri Sembilan di pentas final Piala FA

"Apa yang boleh saya katakan adalah pertemuan esok adalah final yang dinanti-nantikan semua pihak dan menjanjikan perlawanan getir serta sengit pasukan masing-masing," katanya.


Trending

    Disyorkan