Jumaat, 19 Mei 2017 | 10:42pm

Lagu unplugged BS1M untuk Helang Merah


LIMA anggota Briged Sukarelawan 1Malaysia (BS1M) tampil mendendangkan lagu keramat Helang Merah 'Biar Jasa Jadi Kenangan' versi unplugged.

ALOR SETAR: Kemeriahan saingan final Piala FA antara Kedah dan Pahang di Stadium Shah Alam malam esok, terus bersemarak di kalangan penyokong kedua-dua pasukan.

Bagi lima anggota Briged Sukarelawan 1Malaysia (BS1M) di Sik, mereka juga tidak mahu ketinggalan bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad Helang Merah bimbingan Nidzam Adzha Yusoff.

Bagi aksi final kali ini, mereka tampil mendendangkan lagu keramat Helang Merah 'Biar Jasa Jadi Kenangan' versi unplugged bagi menyemarakkan lagi semangat pasukan kesayangan itu.

Kedah dan Pahang dijadual berentap pada aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam, jam 9 malam esok.

Berita Harian X