Selasa, 23 Mei 2017 - 1:41AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Hati-hati e-mel palsu: TNB

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan satu e-mel, kononnya daripada TNB, yang menyatakan penerimanya adalah pemenang wang tunai RM150,000 daripada syarikat itu.

TNB dalam satu kenyataannya hari ini berkata kandungan e-mel yang sama pernah dihantar sekitar 2015, dan ia adalah e-mel palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat peribadi.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membalas atau mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada pihak yang tidak dikenali," tambah kenyataan itu.

Maklumat tambahan boleh diperoleh dengan menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454. - BERNAMA


Trending

    Disyorkan