Jumaat, 19 Mei 2017 | 8:10pm
- Foto Hafiz Sohaimi

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, meningkat 0.84 peratus, disokong harga minyak mentah yang lebih kukuh serta minat ke atas saham disenaraikan di papan utama, kata peniaga.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,895.18, melonjak 15.86 mata daripada 1,879.32 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 9.51 mata lebih tinggi kepada 1,888.83 pagi tadi dan bergerak antara 1,883.65 dan 1,895.18 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata pasaran bergerak dalam aliran menaik dan FBM KLCI cuba mencecah paras 1,891 sebelum mencatatkan 1,895 dengan​​​​ ​​​sokongan pembelian akhir.

"Saham mewah merekodkan prestasi baik namun saham bermodal kecil mengalami kekurangan minat daripada pelabur, kecuali minyak dan gas, memandangkan pelabur masih berhati-hati terhadap rangka kerja Jualan Singkat Urus Niaga Harian (IDSS).

"Kita boleh menyaksikan saham minyak dan gas terus meningkat, susulan kenaikan harga minyak​​​​​​​ mentah, yang juga membantu memacu minat dalam saham murah bagi minyak dan gas," katanya kepada​​​​​​​ Bernama.

Penanda aras, minyak Brent meningkat 1.13 peratus kepada AS$74.31 setong.

Lingkungan pasaran mencatatkan 505 kaunter rugi dan 374 kaunter untung, manakala 413 kaunter tidak berubah, 620 kaunter tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.52 bilion unit bernilai RM2.69 bilion daripada 2.34 bilion unit bernilai​​​​​​​ RM1.97 bilion semalam.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing naik lapan sen kepada RM10.68 dan RM16.00, PBBank meningkat 24 sen kepada RM24.24, PChem menokok tiga sen kepada RM8.48 dan CIMB​​​​​​​ bertambah satu sen kepada RM7.31.

Bagi saham untung, BAT melonjak RM1.98 kepada RM24.72, F&N meningkat RM1.22 kepada​​​​​​​ RM34.22, Allianz naik RM1.06 kepada RM11.70, PetDag bertambah 84 sen kepada RM27.70 dan PPB menokok 48 sen kepada RM19.10.

Saham yang paling aktif diniagakan, SapNRG dan Hibscs masing-masing naik enam sen kepada 79 sen dan 94 sen, waran Hibiscus naik 3.5 sen kepada 45 sen, UMWOG bertambah setengah sen kepada 30 sen, waran RSena turun setengah sen kepada tiga sen dan Hubline tidak berubah pada 12 sen.

Indeks FBM Emas naik 98.75 mata kepada 13,235.95, Indeks FBMT 100 bertambah 98.18 mata kepada​​​​​​​ 13,038.60.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 104.16 mata kepada 13,431.23 dan FBM 70 menokok​​​​​​​ 80.96 mata​​​​​​​ kepada 15,731.97 namun FBM Ace turun 24.36 mata kepada 5,488.02.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 148.35 mata kepada 18,519.95, Indeks Perusahaan naik​​​​​​​ 47.72 mata kepada 3,285.70 bagaimanapun Indeks Perladangan kurang 2.31 mata kepada 8,044.40.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.66 bilion saham bernilai RM2.52 bilion daripada 1.35 bilion saham bernilai RM1.78 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran sebanyak 551.59 juta unit bernilai RM108.21 juta berbanding 544.92 juta unit bernilai RM103.88 juta pada Rabu.

Pasaran ACE merekodkan jumlah dagangan sebanyak 304.77 juta saham bernilai RM57.29 juta daripada​​​​​​​ 436.02 juta saham bernilai RM80.02 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang 69.16 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (448.25 juta), pembinaan (73.42 juta), perdagangan dan perkhidmatan (780.10 juta), teknologi (47.7 juta), infrastruktur (50.83 juta), SPAC (50.7 juta), kewangan (46.6 juta), hotel (6.13 juta), hartanah (46.99 juta), perladangan (29.05 juta), perlombongan (58,600), REIT (7.8 juta) dan dana tertutup (74,000). - BERNAMA

104 dibaca
Berita Harian X