Rabu, 24 Mei 2017 - 9:31PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Sabhi Saddi tinggalkan syarikat Dafi

Oleh Zaidi Mohamad



PENYANYI, Sabhi Saddi. - Foto Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun lebih berada di bawah syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) milik penyanyi Dafi dan pengurusnya, Afeeq, Sabhi Saddi, 32, kini memilih bergerak sendiri.

Malah, bapa kepada Sofea Risqa dan Sofea Rania kini sudah hampir setahun mengatur langkah sendiri, termasuk membuka rumah produksi, Sabhi Saddi Production Sdn Bhd.

"Saat ini, memang saya uruskan sendiri segala urusan kerjaya seni dan kini, rumah produksi. Buat permulaannya saya sekarang menerbitkan program berbentuk majalah dan telefilem. Nanti saya merancang untuk menerbitkan drama pula," katanya kepada BH Online.

Mengenai dunia nyanyian, Sabhi memberitahu, beliau akan muncul dengan single terbaru berjudul Setia Menunggu, ciptaan Sharon Paul dan lirik tulisan penerbit drama, Datuk A Aida.

"Harapnya, single Setia Menunggu akan kembali menarik perhatian peminat saya. Sebelum ini, saya pernah muncul dengan lagu Percuma, tetapi ia kurang mendapat sambutan.

"Lagu baharu ini sepatutnya dipromosikan selepas Aidilfitri. Single ini juga akan dijadikan lagu tema drama, Anak General, lakonan Fattah Amin dan Niena Baharun untuk siaran RTM.

"Malah, saya turut dimaklumkan single ini juga akan menjadi lagu tema sebuah drama siaran HyppTV," katanya yang pernah berduet dengan Nieyl menerusi lagu Kisah Kita.


Trending

    Disyorkan