Khamis, 18 Mei 2017 | 12:46pm

EXCO PAS, ADUN akan terus khidmat: PAS Selangor


SALLEHEN Mukhyi. - Foto Muhammad Sulaiman

SHAH ALAM: Semua EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor akan terus berkhidmat demi menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Pesuruhjaya negeri, Sallehen Mukhyi, berkata ia diputuskan dalam mesyuarat PAS Selangor pada Selasa lalu.

Justeru, beliau yang juga ADUN Sabak, menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa PAS Selangor sudah membuat keputusan untuk semua 13 wakil rakyatnya di Selangor keluar dari pentadbiran negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali jika Menteri Besar akur dengan tekanan oleh komponen Pakatan Harapan untuk mengetepikan PAS.

"Saya menafikan kenyataan itu, PAS Selangor tidak berbincang berkaitan pemecatan (EXCO) dan tidak membuat sebarang keputusan berkaitan dengannya.

"(PAS) Berkhidmat dalam kerajaan negeri. Mesyuarat PAS negeri hanya mengambil keputusan agar tiga EXCO PAS dan 10 ADUN PAS terus berkhidmat menjaga kepentingan rakyat," katanya dalam teks WhatsApp.

Spekulasi mengenai kedudukan EXCO PAS timbul selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

34 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »