Ahad, 14 Mei 2017 | 4:51pm

Isu jurulatih tak jejas semangat Helang Merah


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah beramah mesra dengan penerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Kedah, Alor Setar, hari ini. - Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Kejayaan skuad Helang Merah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2017, membuktikan pasukan tidak terjejas dengan kemelut jurulatih yang dihadapi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata semangat pasukan kembali ke landasan asal untuk mencapai kemenangan selepas jurulatih, Tan Cheng Hoe, melepaskan jawatan bulan lalu.

"Sebelum ini, kita terpaksa menempuh krisis sehingga kehilangan jurulatih, namun saya melihat semangat pemain masih tetap tinggi dalam usaha untuk meraih kejayaan.

"Malah, selepas kekalahan besar 5-0 dengan pasukan T-Team di Kuala Terengganu tempoh hari juga tidak melunturkan semangat pemain sehingga mampu ke perlawanan akhir Piala FA," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Kedah, di sini, hari ini.

Kedah akan bertemu Pahang dalam perebutan Piala FA.

17 dibaca
Berita Harian X