Khamis, 11 Mei 2017 | 11:51pm

Wall Street dibuka rendah

NEW YORK: Saham di Wall Street dibuka rendah didorong kerugian kaunter perbankan dan teknologi.

Saham Wells Fargo susut 1.6 peratus dalam dagangan awal Khamis, manakala Microsoft merosot 1.3 peratus.

Saham Snap, syarikat induk Snapchat jatuh 22 peratus selepas syarikat mencatatkan kerugian besar.

Saham Macy's pula susut 10 peratus selepas melaporkan prestasi kewangan yang rendah berbanding jangkaan penganalisis.

Indeks Standard & Poor's 500 jatuh enam mata, atau 0.3 peratus kepada 2,393.

Indeks perindustrian Dow Jones susut 30 mata, atau 0.2 peratus kepada 20,911.

Indeks komposit Nasdaq pula susut 17 mata, atau 0.3 peratus kepada 6,111. - AP

22 dibaca
Berita Harian X