Rabu, 24 Mei 2017 - 9:53PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Auto Shanghai 2017 pamer 1,400 kenderaan

Oleh Mohd Zaky Zainuddin


PAMERAN Automotif Shanghai (Auto Shanghai 2017) yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan, Shanghai, baru-baru ini mempamerkan sehingga 1,400 kenderaan membabitkan 1,000 syarikat automotif dari seluruh dunia.

Pameran itu menjadi medan terbaik kepada pengeluar kenderaan terkemuka memperkenalkan kereta konsep, dengan menyaksikan 159 kereta tenaga dan elektrik dipamerkan untuk ditatap lebih satu juta pengunjung.

Memandangkan terlalu banyak model yang dipamerkan, BH Auto yang turut menyertai Go Auto (Haval Malaysia) ke Auto Shanghai 2017, memfokuskan model konsep yang memberi penekanan terhadap kereta masa depan dengan janaan elektrik.

Pengeluar berpengaruh China Haval juga menjadikan pameran ini untuk memperkenalkan model hibridnya, HB-03 dengan rekaan menakjubkan sejajar dengan nama besar yang dibawanya untuk pasaran China.

Audi juga tidak ketinggalan apabila mempamerkan model konsep Audi e-tron Sportback dengan rekaan model fastback janaan elektrik bersama strategi serampang dua-mata EV bagi 2020.


MODEL konsep Lincoln Navigator.


MODEL kereta super yang ditawarkan BAIC Motor pada Auto Shanghai 2017.

Volkswagen juga mempertaruhkan model I.D Crozz, iaitu kenderaan utiliti crossover (CUV) elektrik sepenuhnya pertama dari pengeluar dari Jerman.

Mitsubishi pula tampil dengan beberapa model termasuk Ground Tourer yang 'gagah perkasa' dan eX Concept, yang mana model konsep ini jelas menunjukkan pengeluar Jepun ini tidak mahu ketinggalan dalam mengetengahkan kejuruteraan mereka untuk kereta masa depan.

Mercedes-Benz memperkenalkan tiga model konsepnya iaitu Concept A Sedan, Mercedes-Maybach S680, S350L dan GLA 260 4Matic Sport.

Skoda pula dengan Vision-E, SUV lima pintu dengan bentuk seperti sebuah coupe.

Lexus pula dengan LS 500h dan NX yang berkongsi pentas dalam Auto Shanghai 2017 yang tampil dengan rekaan kemas, menarik dan sofistikated.


ANTARA model yang ditawarkan Mercedez-Benz pada Auto Shanghai 2017.


MODEL Mitsubishi Ground Tourer.

Info:
Auto Shanghai 2017

  • 21 - 28 April 2017
  • 1,000 pempamer
  • 1,400 kenderaan
  • 159 kenderaan tenaga
  • Tarik sejuta pengunjung

MODEL Infiniti QX60 Concept.
MODEL Smart ForTwo.

Trending

    Disyorkan