Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:31AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Haval bakal perkenal H6, H9

Oleh Mohd Zaky Zainuddin



HAVAL H6.

GO Auto (Haval Malaysia), pengedar kenderaan Haval di Malaysia, bakal memperkenalkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu - Haval H6 dan H9 pada suku ketiga tahun ini.

Dua model baharu yang sudah diperkenalkan di pasaran China itu, dijangka ditawarkan pada harga bermula RM115,000 (H6) dan RM140,000 (H9).

Pengenalan model import sepenuhnya (CBU) itu bakal memperkukuhkan kehadiran jenama SUV nombor satu di China di negara ini. Model terbaharu itu bukan model pengganti bagi SUV sebelum ini, H1 dan H2.

Ketua Pegawai Eksekutif Haval Malaysia, Ahmad Azam Sulaiman, berkata dua model baharu itu akan ditawarkan dengan jaminan sekurang-kurangnya tiga tahun dengan perbatuan 150,000 kilometer (km).

"Kami akan menilai keupayaan H6 dan H9 sebelum membuat apa jua tawaran menarik kepada pelanggan. Apa yang penting model baharu ini pastinya akan memberi impak besar kepada Haval Malaysia, bersandarkan penerimaan positif di pasaran China," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui sempena lawatan media Malaysia ke Pameran Automotif Shanghai (Auto Shanghai 2017) di Shanghai, baru-baru ini.


HAVAL H9.

Terdahulu, wakil media terlebih dulu di bawa melawat ke pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kilang pengeluaran Haval di Beijing, serta berpeluang menyertai sesi pandu uji H6 dan H9.

Berdasarkan pemerhatian BH Auto untuk model Haval H6, SUV berkenaan tampil dengan rekaan elegan dan matang, yang mana secara jelas Haval mahu mengubah persepsi pengguna terhadap kereta buatan China.

Agak mengejutkan BH Auto kerana kualiti kenderaan keluaran terkini Haval menggunakan material agak premium. Bahagian dalaman menampilkan tempat duduk kulit yang kelihatan benar-benar premium, di samping komponen plastik termasuk tuil gear dan papan pemuka yang begitu 'mantap'.

Bagi H9, ia menggunakan enjin 2.0 liter empat silinder dengan sistem suntikan langsung petrol, yang mampu menghasilkan 158 hp dengan tork maksimum 324 Nm bermula 2,000 rpm hingga 4,000 rpm.

Jentera berkenaan digandingkan bersama transmisi enam-kelajuan dari ZF.

Info:
Haval H6

* Akan ditawarkan pada harga bermula RM115,000

Haval H9

* Akan ditawarkan pada harga bermula RM140,000


Trending

    Disyorkan