Rabu, 24 Mei 2017 - 9:30PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Kerjasama unik Shell dengan bengkel terpilih


PESERTA yang mengikuti Forum Shell Rimula Express, baru-baru ini.

SHELL Lubricants Malaysia dengan rasminya telah melancarkan jaringan bengkel Shell Rimula Express yang terdiri daripada bengkel kenderaan komersial berjenama di seluruh negara.

Pemilik bengkel kenderaan komersial yang terpilih akan berpeluang untuk bekerjasama dengan Shell apabila mereka menyertai jaringan Shell Rimula Express.

Menerusi jaringan ini, pemilik bengkel akan mendapat sokongan daripada Shell Lubricants Malaysia untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Antaranya termasuk penjenamaan eksklusif yang meningkatkan keberadaan di pasaran dan keyakinan pelanggan, pakej pemasaran dan sokongan teknikal.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Leslie Ng, berkata jaringan bengkel Shell Rimula Express adalah kerjasama yang hebat, yang dapat membantu melindungi masa depan bengkel-bengkel persendirian supaya mereka dapat kekal kompetitif, terus maju dan dapat mengembangkan perniagaan mereka.

"Kini, menyediakan perkhidmatan seperti biasa tidak lagi mencukupi bagi bengkel-bengkel ini, terutama dengan keperluan pelanggan yang kian meningkat dalam persekitaran pasaran yang semakin mencabar.

"Tumpuan kebanyakan pemilik bengkel kini juga telah terarah kepada menjana pendapatan dengan lebih lagi menerusi penyediaan perkhidmatan mereka dan peningkatan hasil pendapatan secara mampan," katanya.

Melalui jaringan bengkel Shell Rimula Express, Shell Lubricants Malaysia dapat menawarkan barisan pelincir termaju yang komprehensif kepada pengguna dengan berkesan.

Tidak terhad kepada portfolio produk pelincir yang kukuh, setiap bengkel Shell Rimula Express turut dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan perkhidmatan inovatif yang pastinya akan meningkatkan keyakinan pelanggan dan menjana perniagaan berulang.

Pemilik bengkel serta pekerja mereka juga akan mempunyai akses kepada pelbagai program latihan dan menikmati insentif eksklusif yang diadakan khusus sebagai ganjaran kepada pemilik perniagaan yang gigih.

Sehingga kini, lebih 40 bengkel di serata Semenanjung Malaysia telah menyertai jaringan Shell Rimula Express. Shell Lubricants Malaysia menyasarkan untuk meluaskan jaringannya kepada lebih 100 buah bengkel Shell Rimula Express di seluruh Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun 2017.


Trending

    Disyorkan