Isnin, 1 Mei 2017 | 1:23pm

Macron, Le Pen tingkat kempen


POSTER rasmi baru bagi calon-calon untuk 2017 pilihan raya presiden Perancis, Macron (kiri) dan Le Pen Marine dipaparkan dalam Caluire, berhampiran Lyon, France. - Foto Reuters

PARIS: Dua calon pilihan raya presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Marine Le Pen akan mengadakan perhimpunan hari ini, sempena cuti umum Hari Buruh, selain menyaksikan demonstrasi membantah kedua-dua calon itu turut diadakan.

Le Pen, 48, berusaha merapatkan jurang 19 mata dalam kajian dalam kalangan pengundi, menentang pesaingnya, Macron, 39, dengan menggunakan slogan 'calon rakyat' kepada golongan pekerja di kawasan pinggir bandar di Villepinte.

Sementara itu, lokasi Macron pula ialah pusat konvensyen berhampiran Kompleks Sains La Villette di timur laut Paris, dalam usahanya menggambarkan dirinya sebagai calon berorienstasikan inovasi.

Dalam pada itu, beberapa demonstrasi utama dirancang diadakan di pusat bandar, antaranya bagi membantah Le Pen dan dasar anti imigrasi Barisan Kebangsaan, pimpinannya.

Satu lagi demonstrasi yang dianjurkan bertujuan menolak kedua-dua calon yang bertanding.

Buat kali pertama dalam sejarah selama hampir 60 tahun sistem pentadbiran kerajaan republik Perancis, tiada calon presiden yang bertanding mewakili parti tradisi daripada sayap kiri dan sayap kanan.- AFP

31 dibaca
Berita Harian X