Sabtu, 29 April 2017 | 9:48pm

Nidzam ambil alih tugas Cheng Hoe


NIDZAM Adzha Yusoff.

ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, sudah menerima surat tamat kontrak dan tempatnya diambil alih sementara oleh penolong jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff.

Pada sesi latihan petang tadi, Cheng Hoe tidak lagi bersama pasukan.

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow, berkata Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sudah menghantar surat penamatan kontrak kepada Cheng Hoe.

"Saya tidak pasti bila beliau akan melaporkan diri untuk jawatan Penolong Jurulatih di FAM dan beliau juga perlu menyelesaikan beberapa hal berkaitan kontrak," katanya.

Sementara itu, beliau juga yakin Nidzam mampu membimbing pasukan dengan baik berikutan pengalamannya dalam pasukan Kedah bersama Tan Cheng Hoe sejak 2014.

"Berkaitan calon jurulatih lain, pihak kami masih belum membuat apa-apa pengesahan.

"Buat masa ini, kita mahu terus fokus untuk kejayaan terdekat iaitu Piala FA yang sedang berlangsung," katanya.

53 dibaca
Berita Harian X