Khamis, 27 April 2017 - 4:58PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

20 maut bas rempuh orang ramai di India

Petani dikatakan berhimpun di luar ibu pejabat polis di bandar Yerpedu menentang kegiatan melombong pasir secara haram di kawasan mereka.


SEKURANG-KURANGNYA 20 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas pemandu bas hilang kawalan lalu merempuh sekumpulan petani yang sedang melakukan bantahan di selatan India semalam. - Foto AP

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas pemandu bas hilang kawalan lalu merempuh sekumpulan petani yang sedang melakukan bantahan di selatan India semalam.

Pegawai polis, Jaya Lakshimi berkata, 14 daripada mangsa mati disebabkan bas merempuh tiang elektrik hingga menyebabkan wayar jatuh menghempap orang ramai.

Saksi yang ditemuramah oleh televisyen tempatan berkata, kejadian itu sungguh menyayat hati kerana mayat hancur.

Difahamkan bas mula-mula melanggar sebuah kereta dan tiang elektrik sebelum merempuh orang ramai.

AP


Trending

    Disyorkan