Sabtu, 22 April 2017 | 12:36am

China Masters: Cabaran Malaysia berakhir


PASANGAN beregu lelaki negara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen. - Foto Nadim Bokhari

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Grand Prix Emas China Masters, berakhir selepas pasangan beregu lelaki negara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen tumpas di suku akhir.

Pada aksi di Pusat Sukan Olimpik di Jiangshu, China itu, pasangan pilihan ketujuh itu memberi tentangan sengit kepada pilihan utama, Chen Hung Ling-Wang Chi Lin dari Taiwan sebelum tewas 19-21 dan 17-21.

Chen-Wang akan berdepan pasangan 'bidan terjun' Malaysia/Indonesia, Tan Boon Heong dan Hendra Setiawan di separuh akhir, esok, selepas pasangan berkenaan mengejutkan pilihan keempat, Liu Cheng-Zhang Nan dari China 19-21, 21-16 dan 21-14 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam tiga acara iaitu perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran pada kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$150,000 (RM659,849).

BERNAMA

11 dibaca
Berita Harian X