Sabtu, 22 April 2017 | 12:33am

19 murid terperangkap maut bas mini meletup


KEADAAN bas mini yang meletup selepas bertembung dengan sebuah trak di wilayah Mpumalanga, Afrika Selatan. - Foto EPA

JOHANNESBURG: Seramai 19 murid dan pemandu bas mini maut selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan trak dan meletup di wilayah Mpumalanga, Afrika Selatan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan (ER24) Russel Meiring berkata, kenderaan membawa murid dari sekolah itu bertembung dengan trak antara bandar Verena dan Bronkhorstpruit, di timur laut Pretoria.

"Semua kanak-kanak itu terperangkap di dalam bas ketika ia terbakar. Ada juga antara mereka yang cedera," katanya.

Jurucakap polis, Mpumalanga Gerald Sedibe berkata, bas mini itu membawa murid dari sekolah bertembung dengan trak lalu terbakar. Pemandu bas mini meninggal dunia manakala pemandu trak terselamat.

Sedibe berkata, masih tidak diketahui punca sebenar dua kenderaan itu bertembung.

Reuters

31 dibaca
Berita Harian X