Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:19AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Pembangkang Turki cabar keputusan pungutan suara


PARTI pembangkang utama Turki bakal mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang pada saat akhir mengubah peraturan mengundi pungutan suara memperluaskan kuasa Presiden Recep Tayyip Erdogan (gambar kanan).

ANKARA: Parti pembangkang utama Turki bakal mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang pada saat akhir mengubah peraturan mengundi pungutan suara memperluaskan kuasa Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Undi 'Ya' memenangi 51.4 peratus ketika pungutan suara pada Ahad lalu memperluaskan kuasa eksekutif presiden dan menggugurkan peranan perdana menteri menjelang 2019.

Tindakan itu ternyata membangkitkan kemarahan dan kejutan selepas Lembaga Pilihan Raya Agung (YSK) membuat keputusan saat akhir untuk menerima dokumen keputusan undi dalam sampul tanpa menggunakan setem rasmi.

Pembangkang membantah tindakan itu kerana dianggap membuka kepada berlakunya penipuan.

"Kami membuka kes di Majlis Negeri menyeru pembatalan keputusan YSK untuk membenarkan undi tidak bertutup, " kata Timbalan Ketua Parti Republikan Rakyat (CHP), Bulent Tezcan dalam u kenyataan.

AFP


Trending

    Disyorkan