Jumaat, 21 April 2017 | 10:45pm

Media Prima gondol 7 hadiah MPI-PETRONAS 2016


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar dengan petugas Media Prima pada majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2016 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) meraih tujuh anugerah Hadiah Kewartawanan Malaysia 2016 anjuran Institut Kewartawanan Malaysia (MPI), malam tadi.

Dua wartawan BH, Alzahrin Alias mengungguli Ketegori Kewartawanan Antarabangsa Cemelang manakala Azrul Affandi Sobri memenangi bagi Kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang PETRONAS.

Alzahrin meraih kategori itu menerusi laporannya mengenai nasib dialami pelarian Syria dan Palestin yang hidup daif di Lubnan selepas menyamar sebagai guru untuk memasuki Syria.


WARTAWAN Berita Harian, Al Zahrain Alias memenangi kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang pada majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2016 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Azrul Affandi pula membuat laporan mengenai nasib menimpa empat kawasan hutan simpan di Kuala Lumpur yang bakal lenyap.

Pemenang menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil dan piala.

Dua lagi wartawan BH, Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz dan Syed Azwan Syed Ali menerima hadiah sagu hati masing-masing bagi kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang dan Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang.

Syed Azwan turut merangkul hadiah saguhati bagi kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang. Mereka menerima hadiah wang RM1,000, sijil dan piala.

Sementara itu, wartawan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim mengungguli Kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang, membawa pulang hadiah wang RM10,000 bersama sijil dan piala.


PENGARANG Berita NST, Farrah Naz Karim memenangi kategori Penulis Kolum/Rencana Pengarang pada majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2016 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

NST turut mengungguli Kategori Laporan Berita Cemerlang menerusi wartawan Aliza Shah dan Wan Muhammad Amin Mokhtar.

Sementara itu, jurugambar NST, Mohamed Sairien Mohamad Nafis memenangi Kategori Foto Esei Cemerlang.

Harian Metro pula mengungguli Kategori Infografik Terbaik menerusi grafik Rumah tradisional Melayu: Keunikan dan kebijaksanaan dihasilkan Mohd Azam Shah Yaacob dan Nor Salim Mohamed Dawam.

Nur Wanah Kiramli dari TV3 memenangi Kategori Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail.

Zainal Ariffin dan Nurul Fariha On dari TV3 mengungguli kategori Dokumentari Video Terbaik bertajuk Najib Razak.

Dalam majlis malam tadi, kumpulan wartawan dari akhbar The Star dipilih memenangi Hadiah Kajai, sekali gus membawa pulang wang RM30,000, sijil dan piala.

45 dibaca
JURUGAMBAR NSTP, Sairien Nafis memenangi kategori Foto Esei Cemerlang pada majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2016 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Berita Harian X