Jumaat, 21 April 2017 | 10:26pm

Wall Street catat perubahan kecil

NEW YORK: Wall Street catat perubahan kecil pada pembukaan hari ini.

Pada 9.38 pagi waktu New York (1338 GMT) Dow Jones menokok 7.04 mata, atau 0.03 peratus, pada 20,585.75.

Indeks S&P 500 susut 1.11 mata, atau 0.04 peratus, pada 2,354.73.

Nasdaq Composite pula turun 4.74 mata, atau 0.08 peratus, pada 5,912.03.

Lapan daripada 11 sektor utama S&P mencatat penurunan, dengan indeks telekomunikasi menerajui penurunan dengan mencatat penyusutan 0.53 peratus.

Reuters

18 dibaca
Berita Harian X