Jumaat, 21 April 2017 | 10:25pm

Tentera Kenya bunuh 52 militan al-Shabaab


.

NAIROBI: Tentera Kenya membunuh 52 pejuang al-Shabaab dalam serangan ke atas kem militan itu di selatan Somalia, hari ini, menurut seorang jurucakap tentera.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Kenya, Kolonel Joseph Owuoth berkata insiden itu di Badhaadhe, Lower Juba, dekat sini.

Katanya, pihaknya menemui senapang, peranti bahan letupan dan bahan membuat bom dalam serbuan itu.

"Susulan operasi berkenaan, petunjuk awal mendapati bahawa 52 pengganas terbunuh manakala yang lain melarikan diri akibat cedera," katanya dalam kenyataan.

Kenya mempunyai ribuan tentera dalam Misi Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) yang bertujuan membantu membendung al-Shabaab selain meningkatkan keselamatan yang juga sebahagian daripada usaha pembinaan semula selepas dua dekat perang saudara melanda negara itu.

Reuters

Berita Harian X