Jumaat, 21 April 2017 | 10:19pm

Bursa tolak permohonan Perwaja

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menolak permohonan Perwaja Holdings Bhd untuk melanjutkan tempoh masa menyerahkan pelan penyusunan semulanya.

Bursa Malaysia berkata dagangan sekuriti Perwaja tidak akan diniagakan bermula 2 Mei ini dan syarikat itu akan dinyahsenarai pada 4 Mei 2017, melainkan satu rayuan dibuat terhadap penyahsenaraian itu diserahkan kepada Bursa Securities pada atau sebelum 28 April 2017.

Pengeluar keluli yang mengalami kerugian itu diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 pada 2013.

Bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2016, Perwaja mencatatkan kerugian bersih RM62.90 juta berbanding kerugian bersih RM164.96 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagi tempoh separuh pertama, ia mencatatkan kerugian bersih RM125.29 juta daripada kerugian bersih RM227.04 juta sebelumnya.

Pada 3 petang tadi, saham Perwaja turun tiga peratus kepada 2.5 sen dengan 40.96 juta saham diniagakan.

BERNAMA

34 dibaca
Berita Harian X