Sabtu, 27 Mei 2017 - 11:38PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

MU jumpa Celta Vigo separuh akhir Liga Europa


SETIAUSAHA Kelab Celta Vigo, Borja Oubina (kiri) dan Setiausaha Kelab Manchester United, John Alexander bersalaman selepas seri separuh akhir pada Liga Europa. - Foto Reuters

NYON (SWITZERLAND): Manchester United akan menentang Celta Vigo manakala Lyon bertemu Ajax pada aksi separuh akhir Liga Europa.

Dalam undian yang dilakukan hari ini, United dan Lyon akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama yang berlangsung pada 4 Mei manakala aksi timbal balik pada 11 Mei.

United memburu trofi kejohanan kedua tertinggi Eropah itu buat pertama kali, yang akan memberikan mereka tiket automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Celta Vigo yang mara ke kelompok empat terakhir saingan Eropah buat kali pertama itu pula memburu gelaran sebagai pasukan kelapan dari Sepanyol memenangi Liga Europa atau Piala UEFA dalam tempoh 12 tahun.

Ajax kembali mewarnai kancah separuh akhir Eropah buat julung kali sejak Liga Juara-Juara 1997.

Lyon hanya dua kali pernah mara hingga ke peringkat ini - Liga Juara-Juara 2010 dan Piala Pemenang-Pemenang Piala Eropah 1964 yang sudah dimansuhkan. - AP


Trending

    Disyorkan