Jumaat, 21 April 2017 | 9:55pm

Staf Petronas Chemical Group lawat Balai Berita


KETUA Hal Ehwal Korporat Jabatan Pentadbiran Petronas Chemicals Group Berhad, Siti Azlina Abd Latif menyerahkan sumbangan kepada Penulis Khas Kanan Berita Harian, Saidon Idris sempena lawatan Petronas Chemicals Group Berhad ke Balai Berita NSTP. - Foto Eizairi Shamsudin

Kuala Lumpur: Kakitangan Petronas Chemical Group (PCG) Berhad mengadakan kunjungan mesra ke Balai Berita The News Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), hari ini.

Ketua Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran PCG, Siti Azlina Abd Latif, berkata lawatan berkenaan juga bertujuan mengeratkan hubungan antara jabatannya dengan pengamal media. 

"Sempena lawatan ini, kita turut mengedarkan 450 pek jamuan petang kepada kakitangan BH, Harian Metro dan New Straits Times untuk berkongsi kegembiraan warga PCG bersama kakitangan NSTP, " katanya ketika ditemui, di sini. 

 

29 dibaca
Berita Harian X