Jumaat, 21 April 2017 | 9:47pm

PETGAS lantik Kamal Bahrin Ahmad sebagai CEO


PETRONAS Gas Bhd (PETGAS) melantik Kamal Bahrin Ahmad, 53, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan baharu berkuat kuasa 1 Jun 2017.

KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PETGAS) melantik Kamal Bahrin Ahmad, 53, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan baharu berkuat kuasa 1 Jun 2017.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PETGAS berkata, Kamal Bahrin sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd.

Beliau akan menggantikan Yusa Hassan, 54, yang peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Jun 2017.

BERNAMA

Berita Harian X