Jumaat, 21 April 2017 | 9:36pm

Harga minyak di jangka alami kejatuhan mingguan

LONDON: Harga minyak mentah berlegar hampir AS$53 satu tong hari ini, tetapi berada di landasan untuk mencatat kejatuhan mingguan terbesar dalam tempoh sebulan.

Ia disebabkan keraguan pengurangan pengeluaran diterajui OPEC akan dapat mengembalikan keseimbangan kepada lebihan bekalan.

Brent didagangkan pada AS$53.01 satu tong, menokok dua cent daripada penutup sebelum ini.

Ia bersedia untuk mencatat penyusutan mingguan 5.15 peratus, kejatuhan terbesar sejak 10 Mac.

Sementara itu, harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) pula berada pada AS$50.66 satu tong, turun lima cent dan bersedia untuk mencatat kejatuhan mingguan 4.8 peratus, juga kejatuhan terbesar sejak 10 Mac.

Bjarne Schieldrop, ketua penganalisis komoditi di Nordic bank SEB, tidak menjangka OPEC akan membuat pengurangan pengeluaran lanjut.

"Buka saja mereka tidak perlu berbuat demikian, tetapi ia juga akan mewujudkan risiko lebih banyak rangsangan akan diberikan kepada sektor minyak syal AS," katanya.

Reuters

Berita Harian X