Rabu, 24 Mei 2017 - 8:36AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Majlis Tertinggi PBS arah bahagian siap sedia

Oleh Suzianah Jiffar



PEMANGKU Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. - Foto Edmund Samunting

PENAMPANG: Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) mengarahkan semua bahagian parti itu agar bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.

Dalam masa sama, mereka turut diarahkan untuk menubuhkan jentera pilihan raya dengan segera di peringkat bahagian pusat mengundi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata semua bahagian parti itu kini sedang mengadakan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan.

"Semua cawangan ini secara automatik akan menubuhkan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Berdasarkan maklum balas daripada akar umbi, PBS yakin akan mempertahankan dan mendapatkan semula semua kerusi yang diperuntukkan kepada parti ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti di sini sebentar tadi.

Maximus yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata jentera pilihan raya telah diadakan di semua enam kawasan yang kalah pada PRU sebelum ini iaitu di Matunggong, Api-Api, Inanam, Kadamaian, Tamparuli dan Sri Tanjung.

"Ini bagi memastikan kesilapan yang sama tidak berulang di kawasan terbabit. Dalam tempoh empat tahun lalu, pembangkang gagal membantu khususnya dalam aspek pembangunan seperti yang diterima oleh kawasan Barisan Nasional (BN).

"Mereka sudah belajar dengan kesilapan itu dan sekarang tidak mahu lagi ketinggalan dalam arus pembangunan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.


Trending

    Disyorkan