Jumaat, 21 April 2017 | 8:51pm

Trump: Serangan Paris beri impak pemilihan presiden Perancis


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. - Foto Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump beranggapan pembunuhan seorang anggota polis di Paris hari ini, bakal memberi impak besar kepada proses mengundi menjelang pilihan raya presiden Perancis, Ahad ini.

Militan Daesh mengakui menjadi dalang insiden tembakan itu di Champs Elysees yang dilakukan seorang warga Perancis yang tinggal di Paris.

"Satu lagi serangan pengganas di Paris. Rakyat Perancis mungkin tidak dapat menanggung penderitaan ini lagi.

"Ia bakal memberi satu impak besar kepada pemilihan presiden," kata Trump menerusi Twitter.

Serangan itu mendorong calon presiden, Marine Le Pen untuk menggesa kerajaan Perancis mengetatkan lagi pemeriksaan di sempadan dan menghantar pulang warga asing dalam senarai perkhidmatan perisikan.

Reuters

11 dibaca
Berita Harian X