Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:17AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

AS tuduh Syria masih simpan senjata kimia


SETIAUSAHA Pertahanan AS, Jim Mattis. - Foto AFP

TEL AVIV: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada rejim Presiden Bashar al-Assad Syria, kerana masih menyimpan bekalan senjata kimia sekali gus mengancam nyawa penduduk dan musuh mereka.

Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis, berkata Washington tidak meragui lagi bahawa bahan pemusnah itu masih dalam simpanan.

"Apa yang berlegar dalam minda komuniti antarabangsa adalah mereka tidak meragui bahawa Syria mengekalkan senjata kimia dan ia bercanggah dengan apa dipersetujui mereka sebelum ini.

"Ia melarang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sesuatu harus dilakukan kerana mereka akan diberikan nasihat yang tidak betul untuk digunakan sekali lagi," katanya ketika kunjungan ke Israel, semalam.

Ada laporan menyebut rejim Syria masih menyimpan kira-kira tiga tan bahan berkenaan.

Namun, Bashar berkata tenteranya sudah menyerahkan simpanan senjata kimia pada 2013 selepas perjanjian diilhamkan Russia bagi mengelak tindakan ketenteraan AS.

AFP


Trending

    Disyorkan