Khamis, 27 April 2017 - 5:37AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

TERKINI: Rumah suspek kes tembakan Paris diserbu

PARIS: Sebuah rumah di pinggir bandar timur Paris hari ini, digeledah kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan ke atas anggota polis di Champs-Elysees.

Dokumen polis yang diperoleh The Associated Press (AP) mengenal pasti alamat di bandar Chelles itu adalah milik keluarga Karim Cheurfi, 39, yang mempunyai rekod polis.


Karim Cheurfi. - Foto AP

Dua pegawai polis berkata, suspek utama serangan ialah lelaki berusia 39 tahun dari kawasan pinggir bandar di timur Paris.

Sementara itu, pita garisan polis kelihatan di kawasan kejiranan golongan kelas pertengahan di Chelles awal hari ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk yang terkejut dengan serbuan itu.

Akhbar Perancis, Le Parisien, sebelum ini melaporkan Karim pernah disabitkan dengan jenayah menyerang anggota polis pada 2001. - AP

ANGGOTA tentera mengawasi di sekitar Champs-Elysees. - Foto Reuters

Trending

    Disyorkan