Ahad, 25 Jun 2017 - 1:29AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

TERKINI: Daesh mengaku dalang serangan di Paris

PARIS: Kumpulan militan Daesh mendakwa suspek yang menembak mati seorang pegawai polis dan mencederakan dua yang lain di Champs-Elysees di sini, adalah anggotanya.

Dalam kejadian sehari sebelum pemilihan presiden Perancis itu, suspek melepaskan tembakan rambang dengan senjata automatik ke arah kenderaan polis pada jam 9 malam waktu tempatan.

Insiden menyebabkan pelancong dan pelawat di kawasan yang terkenal di seluruh dunia itu bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Sumber polis memberitahu AFP, selepas membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan rakannya, suspek ditembak mati ketika cuba melarikan diri.

"Suspek yang menyerang Champs-Elysess di tengah Paris ialah Abu Yussef dari Belgium dan dia adalah salah seorang pejuang Daesh," kata kumpulan militan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan propaganda mereka, Amaq.

Polis antipengganas Perancis sudah mengetahui identiti penyerang itu dan serbuan dilakukan di kediamannya di pinggir bandar timur Paris.

Sementara itu, pemerhati bimbang dengan peningkatan serangan menjelang pemilihan Presiden pada Ahad ini, susulan serangan kumpulan pengganas sejak 2015 yang mengorbankan lebih 230 nyawa.

Presiden Perancis, Francois Hollande dalam kenyataan susulan insiden itu berjanji meningkatkan kawalan keselamatan, khususnya menjelang proses pengundian. - AFP

ANGGOTA tentera ditempatkan di Arc de Triomphe, berhampiran Champs-Elysees, Paris. - Foto AFP

Trending

    Disyorkan