Jumaat, 21 April 2017 | 6:54am

Polis maut, 2 cedera dalam serangan di Paris

PARIS: Seorang anggota polis maut manakala dua lagi cedera parah apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di lokasi popular Champs-Elysees di sini malam tadi waktu tempatan.

Penyerang itu kemudian mati ditembak polis.

Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.

Jurucakap polis Paris, Johanna Primevert, berkata penyerang menyasarkan anggota polis yang mengawal kawasan berhampiran stesen kereta api bawah tanah Franklin Roosevelt di lokasi beli-belah popular dalam kalangan pelancong itu.

Jenayah didalangi penyerang bersendirian.

Polis dan tentera mengepung kawasan berkenaan, selain mengarahkan pelancong kembali ke hotel serta menghalang orang ramai mendekati lokasi terbabit.


ANGGOTA polis di lokasi serangan susulan seorang lelaki melepaskan tembakan di Champs Elysees, Paris. - Foto EPA

Serangan dilakukan tiga hari sebelum pusingan pertama pilihan raya presiden di Perancis.

Kawalan keselamatan dipertingkatkan sejak Selasa lalu, apabila polis menggagalkan serangan dengan menangkap dua lelaki.

Pejabat pendakwa raya Paris berkata, pegawai unit menangani keganasan terbabit dalam siasatan serangan semalam. - AP

53 dibaca
ANGGOTA polis forensik membuat pemeriksaan di kereta yang digunakan penyerang. - Foto Reuters
ANGGOTA polis membuat kawalan di lokasi kejadian tembakan. - Foto EPA
ORANG awam diperiksa anggota polis berhampiran Champs-Elysees di Paris. - Foto AP
TENTERA turut ditempatkan di Arc de Triomphe, berhampiran Champs-Elysees. - Foto AFP
PANDANGAN dari udara lokasi tembakan di Champs-Elysees. - Foto AFP
Berita Harian X