Khamis, 27 April 2017 - 5:09PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Kawasaki Versys-X RM23,789

Oleh Ismail Mat


MODEL Versys-X, Kawasaki.

KUALA LUMPUR: Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd hari ini mengumumkan model terbarunya Versys-X dijual pada harga RM23,789 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Model dwi-kegunaan jalanan dan laluan lasak itu menjadi pelengkap jentera bagi kelas 250cc yang dipasarkan oleh Kawasaki di Malaysia.

Pengurus Besar yang juga Pengarah Kawasaki Malaysia Datuk Jeffrey Lim berkata, Versys X disasarkan kepada golongan penunggang berusia di antara 25 hingga 60 tahun sama ada untuk kegunaan harian untuk berulang alik kerja atau bersantai pada hujung minggu.

Beliau berkata, berbeza dengan model untuk pasaran lain, Versys-X yang dipasarkan di Malaysia dilengkapi topang tengah tanpa sebarang caj tambahan.


Trending

    Disyorkan