Khamis, 27 April 2017 - 5:46AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Pembangkang bawa petaka - GERAKAN

Oleh Muhammad Yusri Muzamir



NAIB Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong menunjukkan salinan keratan akhbar pada sidang media di pejabat GERAKAN Pulau Pinang, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

GEORGETOWN: GERAKAN Pulau Pinang membidas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang mendakwa negeri itu akan dilanda malapetaka jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah.

Naib Pengerusinya, Oh Tong Keong, berkata Pulau Pinang sebaliknya sudah dilanda malapetaka sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri itu sejak 2008 lalu.

Katanya, ia jelas dibuktikan apabila bencana kerap melanda negeri ini, membabitkan kejadian banjir kilat di kebanyakan kawasan, penggondolan bukit dan kegagalan membangunkan rumah kos rendah.

"Sejak pakatan pembangkang mentadbir, banyak kawasan baharu mengalami banjir kilat terutamanya di kawasan berhampiran lereng bukit. Malah, kejadian banjir juga semakin buruk, berbanding ketika BN memerintah.

"Sehingga pengunjung yang masuk ke negeri ini melalui Jambatan Pulau Pinang dapat melihat bukit yang digondolkan sehingga menjadi imej negatif kepada orang ramai," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha GERAKAN negeri, H'ng Chee Wey; Pemangku Ketua Wanita GERAKAN negeri, Hartini Tan dan Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN negeri, Jason Loo.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa Pulau Pinang akan dilanda malapetaka jika BN kembali mentadbir negeri ini.


Trending

    Disyorkan