Rabu, 24 Mei 2017 - 8:43AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Honda serah City ke-250,000


HAYASHI (kanan) mengucapkan tahniah kepada pelanggan ke-250,000, Tan Kian Hui.

HONDA Malaysia mencatat satu lagi pencapaian apabila menyerahkan model sedan segmen B, Honda City ke-250,000 kepada pelanggan bertuah.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata pihaknya ingin menyatakan perasaan tulus ikhlas dan terima kasih kepada pelanggan ke 250,000 Honda City.

"Sokongan dan maklum balas pelanggan meletakkan kami kepada penanda aras untuk kereta segmen B dalam setiap generasi. Honda City amat diterima oleh rakyat Malaysia dan menjadi penyumbang utama kepada jualan kami bagi tahun 2015 dan 2016," katanya.

Honda City adalah antara model paling laris Honda apabila apabila varian generasi keduanya merekodkan jualan lebih 61,000 unit, merangkumi 33 peratus penguasaan pasaran segmen B pada 2014, sebelum berkembang kepada 39 peratus pada akhir Disember 2016.

Model generasi kedua berjaya dijual 100,000 unit bagi tempoh Mac 2014 hingga Disember 2016, sekali gus menjadikannya sebagai model paling popular.

Warna Taffeta White dan Modern Steel Metallic adalah kegemaran pelanggan Malaysia dengan model pemasangan tempatan (CKD) generasi kedua hingga keempat adalah paling laris di Malaysia.

Pelanggan ke-250,000 City adalah Tan Kian Hui yang membeli kereta itu di Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd.


Trending

    Disyorkan