Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:21AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Renault Captur CKD dari RM109,000 seunit

Oleh Shahrizan Salian



KIM Luen (kanan) pada majlis pelancaran model CKD Renault Captur di Kuala Lumpur. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Renault dan TC Euro Cars Sdn Bhd (TCEC) akan memasang model crossover Renault Captur bagi pasaran Malaysia.

Pemasangan tempatan (CKD) model itu dibuat bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan kompak yang menawarkan versatiliti, penjimatan bahan api dan keselamatan yang selari dengan gaya hidup aktif di bandar.

Selain spesifikasi dan ciri-ciri sedia ada yang boleh didapati pada versi import (CBU), Renault Captur CKD itu diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

Ia ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM109,000.

Renault Captur CKD akan tampil dalam satu kombinasi warna baharu iaitu dua tona (Flame Red) pada bahagian badan dan bumbung hitam (Diamond Black).

"Renault Captur memiliki tarikan hebat menerusi reka bentuk yang bergaya, ciri keselamatan dan standard keselesaan piawaian Eropah, selain mudah dikendalikan.

" Dengan harga baharu, Renault Captur boleh menjadi pilihan sangat menarik kepada pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif TCEC, Kuan Kim Luen pada majlis pelancaran model CKD Renault Captur di Segambut, dekat sini.

Renault Captur akan dipasang di kemudahan milik Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd. Ia adalah model ketiga Renault yang dipasang di Malaysia selepas Renault Kangoo dan Renault Fluence.

Malaysia juga muncul satu-satunya negara di dunia yang memasang Renault Captur selain kemudahan Renault di Sepanyol. 100 pembeli terawal Renault Captur pemasangan tempatan akan menikmati rebat RM11,000.

MALAYSIA muncul satu-satunya negara di dunia yang memasang Renault Captur.

Trending

    Disyorkan