Selasa, 18 April 2017 | 11:45am

Kepemimpinan Dewan Ulama PAS menang tanpa bertanding

KUALA LUMPUR: Pemilihan barisan kepemimpinan Dewan Ulama PAS bagi sesi 2017-2019 menyaksikan semua calon menang tanpa bertanding.

Ini termasuk Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang menyandang jawatan Ketua Dewan Ulama selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan 2015.

Sebelum pemilihan 2015, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor memangku jawatan berkenaan bagi menggantikan Datuk Harun Taib yang meninggal dunia pada 2014.

Jawatan Timbalan Ketua turut kekal disandang Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, manakala Naib Ketuanya dimenangi Datuk Dr Johari Mat, juga menang tanpa bertanding.

Lembaga Pemilihan PAS Pusat hari ini turut mengisytiharkan jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira dan 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama menang tanpa bertanding.

23 dibaca
Berita Harian X